Wednesday, December 14, 2011

14 Dis 11, Adakah pokok limau perlu disiram air ?

Jika pokok masih kecil ia memanglah perlukan air . Jika pokok sudah besar ?Kebun limau yang saya miliki mempunyai sistem pengairan dengan waktu penyiraman 10.00-11.00 pagi dan 2.00-3.00 petang secara automatik. Masa operasi 1 jam .Tapi logiknya limau kasturi memerlukan air. Kemudian saya berhentikan siraman secara automatik dan buah limau agak kecil sedikit. Baja yang sesuai dah saya taburkan. Baru-baru ini hujan setiap hari dan saya dapati buah limau kasturi besar berbanding bukan semasa hari hujan. 

Saya telah menghubungi seorang sahabat saya yang bernama Haji K. beliau pernah mengusahakan tanaman limau ini dan beliau bersetuju bahawa siraman yang kerap akan mendatangkan kesan yang baik kepada buah limau tetapi beliau berpesan juga bahawa siraman air itu hendaklah secukup-cukup sahaja dan jangan terlampau lebih sebab ia mendatangkan kesan yang tidak baik kepada pokok limau. Namun begitu ada ketikanya pokok limau kasturi memerlukan musim kemarau untuk tujuan pendebungaan dan pengeluaran buah yang baru. Pada pandangan anda bagaimana ? 

Sistem pam air berkuasa kuda 2, telahpun saya gunakan untuk mengairi seluruh kawasan kebun. Bermakna semua pokok limau akan mendapat air yang secukupnya dan subor. Pam ini dapat menampung seluruh limau yang ada di dalam kebun ini.

TQ, jumpa lagi.