Saturday, January 18, 2014

19 Jan 2014

Pokok Limau.

Pokok limau bertambah subur. Limau kasturi kelihatan hidup dengan subur sekali berbanding dengan limau kasturi. Sebab utama kemungkinan tanah bakar yang terdapat di kawasan tersebut. Sekarang ini kawasan kebun disokong dengan pam air yang terpaksa dibuka selama dua kali sehari. Sebabnya kebun limau ini terletak dalam kawasan lindungan hujan walaupun kawasan sekitarnya hujan lebat tetapi tidak sampai ke kebun.

Pokok-pokok kelapa yang ditanam telah dikorek oleh Bab 1. Banyak yang mati. Terasa sedih tetapi apakan daya, kena terima. Lembu-lembu pula ada yang memasuki kawasan kebun. Meskipun ia kurang mengusik pokok limau  tetapi banyak dahan-dahan pokok yang patah.

Petang ini saja nak tanam pokok ubi di tanah berhampiran limau kasturi.

O.K bertemu lagi.