Sprinkler ?Sesuai Ke Dengan Limau Kasturi ?

Sprinkler Yang Bagaimana ?

Bagi mempastikan tanaman mendapat air secukupnya system pengaiaran yang baik mestilah meliputi pemilihan peralatan yang tepat, kesesuaian jenis tanaman, jadual pengairan dan pusingan & tekanan air.


Maklumat Awal

Sebelum memilih jenis pengairan yang hendak digunakan, kita perlu mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan terutaman dari segi perbandingan harga , perbandingan kualiti dan ketahanan serta kepenggunaan yang efektif mengikut jenis tanaman kita.


Pemilihan Peralatan

High Density Polyethene (HDPE)
HDPE ini diperbuat daripada campuran petroleum dan tahan lasak namun harganya amat mahal berbanding PVC.

PVC
PVC lebih mudah pecah namun harganya jauh lebih murah berbanding HDPE.

Enjin Pam
Pemilihan pam air yang sesuai dan kekuatan enjin pam yang baik amat penting bagi memastikan bekalan air mampu di salurkan ke keseluruhan kawasan lading.

Susunatur 
Langkah terbaik sebelum memulakan kerja pemasangan paip adalah dengan melukis graf rajah susunan paip dan susunan atur kedudukan yang bersesuaian dan kemudian lukiskan kawasan pengairan dengan menggunakan graf skala pusingan sprinkler.
Sprinkler memerlukan 2 perkara asas untuk beroperasi iaitu pusingan air dan tekanan air. Kemampuan enjin pam air membekalkan jumlah air yagn diperlukan oleh tumbuhan merupakan faktor penting dan kita juga perlu memastikan jumlah air yg ingin di salurkan bertepatan dengan jenis tanaman serta jenis tanah tersebut. kita perlu mahir dalam menentukan sistem kapasiti bagi setiap gelen air per ekar(gpm/acre) mengikut jenis tanah.

Gunakan skala 1 bulatan. Grafkan keseluruhan batas yang sedia ada dan sambungan paip yang efisien mengikut skala pusingan/saliran air yang mampu mengairi tumbuhan. Kedudukan paip utama amat penting dan perlu ekfektif dan selamat ke atas tanaman.

Sprinklers
Pemilihan sprinklers juga amat penting dan perlu bersesuaian dengan jenis tanaman yang kita tanam. Bagi tanaman limau terdapat beberapa jenis sprinklers yang boleh digunakan.

 Pelbagai Jenis Sprinklers. Antaranya......

No 1

No 2

No 3

No 4

No 5

No 6

No 7

No 8

No 9

No 10

No 11

No 12

NO 13
NO 14


Keburukan:-
  • Menggunakan kadar air yang banyak,
  • Perlukan jenis pam air yang mempunyai tekanan tinggi
  • Kos pembangunan awal lebih tinggi.
  • Perlukan pekerja mahir untuk mengendalikan pam, sistem pembahagian air dan juga pengawalan tekanan air serta penyelenggaraan sistem.
  • Jika berlaku tiupan angin kencang akan menyebabkan sebaran air tidak sekata dan mengganggu pertumbuhan pokok.
  • Sistem ini menyebabkan berlaku banyak pembaziran air jika tidak dikawal dengan betul.
  • Pemasangan sistem ini perlukan kemahiran khusus dan kiraan tepat bagi kecekapan bekalan air yang optima.
  • Penggunaan sistem sprinkler dengan tekanan yang sangat kuat dan jauh kurang sesuai kerana menyebabkan bunga gugur akibat tekanan pancutan tersebut.


Kebaikan
  • Cara semburan yang seragam dan sekata,
  • Sesuai untuk kebanyakkan jenis tanah,
  • Tidak mudah tersumbat,
  • Mudah dialihkan kekawasan yang lain
  • Sistem ini adalah tahan lasak.
  • Kos penyelenggaraan adalah mudah dijalankan.
  • Kesan hakisan juga dapat dikurangkan jika menggunakan sistem pengairan ini

KESIMPULAN:

Hasil dari ekperimen , saya dapati jenis fertigasi adalah lebih baik di mana Sistem Pengairan Drip paling sesuai sekali tetapi ini bergantung kepada Kuasa Pam Air yang kita miliki. Baja-baja jenis cecair boleh terus dialirkan melalui getah paip.

Namun demikian jika keupayaan terbatas, lebih baik kita menggunakan Sprinkler No 14. (lihat gambar di atas) sebab ia mudah dan semua pokok limau kasturi  boleh mendapatkan air. Tekanan air juga sederhana. Bunga pokok limau masih O.K.  Kebun Limau Kasturi yang saya usahakan mempunyai tiga barisan sprinkler jenis ini. Keluasan 1 ekar dan terdapat 33 unit sprinkler ini yang mana jaraknya ialah 14 kaki bagi satu sprinkle. Kelebaran pula 16 kaki. Saya dapati pokok limau tumbuh dan mendapat air yang secukupnya. Masalah pula yang timbul ialah dengan berbekalkan kuasa pam 6 hp penggiliran terpaksa dibuat selang 20 minit. Kerja-Kerja pengaiaran terpaksa dilakukan sekali pada pagi dan petang. Kerja merumput pula menjadi isu utama. Penyelesaiaan adalah dengan meletakkan Plastik Shinning Cover di antara dua barisan pokok. Bagaimana ? Nak Cuba ? Silakan.





Kebaikan Sprinkler Jenis Ini.
1. Sirami air yang rata.
2. Bunga limau tak mudah gugur kerana air tidak laju.
3. Bekalan air yang cukup kepada setiap pokok limau.
4. Kawasan sirami air yang luas berbanding sprinkler jenis No 1 yang terlampau luas.
. Tidak merosakan dahan limau.
5. Peluang serangga untuk bersarang tipis kerana semua daun dibasahi seperti air hujan.

Keburukan
1. Setiap sprinkler hanya mampu menyirami sebanyak 16 pokok limau sahaja.
2. Enjin pam air yang saya gunakan ialah 6 hp. Bermakna 3 barisan sprinkler dengan 11 unit sprinkler perlu dipasangkan. 
3. Semua sekali dalam satu kebun ialah 33 sprinkler. Umumnya terpaksa diadakan 3 kali penggiliran sprinkler kerana keupayaan pam yang kecil (6 hp).
4. Memakan masa yang lama. Kira-kira 2 jam diperlukan untuk menyirami pokok limau.


Kesimpulannya kaedah saluran paip ke setiap pokok limau perlu diadakan (macam fertigasi),  kaedah di atas hanya sebagai sampingan sahaja. Ini hanya pandangan petani limau kasturi yang baru berkecimpung selama 7 tahun. dan pengalaman rakan rakan lain. 



Sila lawati:






TQ



1 comment:

  1. Salam tuan tumpang tanya yang 14 kaki tu bukaan airnya atau dari titik 1 ke 1 lagi..bole terangkan tak

    ReplyDelete