Monday, March 4, 2013

Menanam Buluh Madu

Mari Menanam Buluh Madu
Mudah, Cepat dan Jimat

Saya mempunyai serumpun buluh madu di hadapan rumah dan di kebun limau kasturi. Di sini saya tunjukkan cara-cara nak menanam buluh madu. Ia semudah A, B dan C. Penduduk di Malaysia mahupun di Asia biasanya memanfaatkan rebung untuk makanan. Rebung buluh madu adalah sayuran yang boleh dimakan secara mentah/segar ataupun dimasak. Ia kaya dengan nutrien untuk keperluan badan dan komposisis kandungan nutrien bergantung kepada jenisnya. Rebung memiliki kandungan, karbohidrat, protein dan 12 asam amino esensial yang sangat diperlukan oleh tubuh. Dengan memakan rebung secara teratur merupakan satu tindakan preventif untuk mengusir berbagai jenis penyakit termasuk barah.

Di hadapan rumah

Pilih mana nak ditanam

Buat longkang disekeliling pokok sebab mudah nak cabut



Kalau nak senang tumpukan satu pokok sahaja dulu dan potongkan sebahagian atas batang buluh madu.


Kemudian masukan ke dalam polybag dan pastikan diletak ditempat redup





Atau taruh dalam tayar



Simpan dalam baldi pun boleh.


Susah-susah simpan dalam kotak poly ni.

Dalam polybag lebih ok dan mudah, senang pokok hidup


Lepas tu bila dah banyak tumbuh akar dan nampak hidup, apa lagi pindah ke tempat nak tanam.

Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Ia cuma tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar. Namun demikian paip fertigasi boleh digunakan di kawasan kering dan sistem perparitan yang baik di kawasan lembap dan berair. Tempoh matang pokok buluh untuk penghasilan rebung juga singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.

Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.



Pastikan pokok sentiasa dibersihkan. jangan bersih sangat sebab di pangkalnya akan tumbuh rebung.

Bila besar pokok jadi lanskap rumah



Cantik rumah nampaknya.
Sejuk mata memandang.
Atau dijadikan penahan tanah dari runtuh
Boleh decorate rumah.
Orang luar tak nampak kita dan sebahagian proses menghalang pencemaran







        Memperoses Rebung. 











Rebung Madu ini boleh di rebus dan kemudian disimpan dalam botol serta dijadikan jeruk. Mungkin yang berminat boleh digoreng dan dijadikan macam kerepek. Paling sedap terus dimasak menjadi masak lemak cili api berserta rebung. Mana yang nak kelainan jadikan sambal belacan rebung atau pengat rebung. Selamat menanam Rebung Madu.



Jom Kita Tanam Buluh Madu