Minat Dan Sejarah Penanaman Limau Kasturi

Saya kini mempunyai kebun limau kasturi di Teluk Kemang Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebanyak 1,000 pokok limau telah berjaya saya tanam. Pada awalnya sebelum memulakan projek ini saya telah membuat beberapa kajian dan penelitian. Lawatan ke kebun-kebun limau sekitar Port Dickson dan Tanjung Agas telah berjaya memotivasikan saya. Akhirnya wujudlah kebun Limau sesayup mata memandang dan sesejuk hati merasa.

Memang ia melibatkan ranjau dan duri dengan 'Pajakan Tanah' yang dieksploitasi, kos membersihkan kebun, paip air, sistem pam dan pelbagai masalah. Namun akhirnya ia berjaya di atasi. Dalam memulakan projek ini kaedah fertigasi juga saya amalkan. Syukur akhirnya berjaya.

Pada bulan Disember tahun 2008 kami telah sepakat untuk menyewa dan mengusahakan sebidang tanah hutan yang terbiar. Pada mulanya kami sekeluarga bercadang untuk menternak ikan tetapi kekangan masa , kami memutuskan untuk menanam limau kasturi. Tanah yang disewa ini telah dibersihkan dan mulalah membajak. Modal yang dilaburkan agak besar juga. Ia meliputi kos pembersihan, membajak, benih , baja, paip, pam air dan sebagainya.

Dengan semangat yang berkobar-kobar dan dokongan sekeluarga akhirnya pokok-pokok limau kasturi tumbuh dengan subur . Kami terhutang budi kepada saudara mara , saudara Kimon, Haji kamaruddin dan staf Jab Pertanian Port Dickson, saudara Teni (Pasir Panjang) serta semua pihak yang memberi semangat dan tunjuk ajar kepada kami sekeluarga.

Pada hari ini pokok-pokok limau hidup dengan subur sekali. Di samping itu kami juga berminat untuk meluaskan tanaman ini.


Aktiviti lain yang saya ceburi adalah seperti perikanan, penternakan dan sebagainya.









Usah fikir perkara yang 'magik' supaya cepat kaya dan jadi jutawan... Sebenarnya rezeki Allah sudah ditetapkan sejak azali lagi... Apa yang penting kita perlu 'mencuba' sehabis baik peluang yang ada.. dengan penuh sabar meniti sebarang dugaan. Saya rasa kalau semua orang mampu buang mentaliti cepat kaya sudah tentu hidup ini lebih bererti.. Kaya bukanlah sekadar harta.. tapi biarlah kaya akal, hati dan budi.. Kalau kita syukuri dengan apa yang ada sudah tentu Allah akan lipatgandakan lagi nanti. Jangan lupa untuk berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakal.. Insyaallah apa yang kita minat itu akan mendatangkan hasil lumayan jika sabar menantinya... :)

Sejarah 01: Menanam limau kasturi

Pada bulan Disember tahun 2008 saya bersama-sama dengan isteri dan anak-anak telah sepakat untuk menyewa dan mengusahakan sebidang tanah hutan yang terbiar. Pada mulanya kami sekeluarga bercadang untuk menternak ikan tetapi kekangan masa , kami memutuskan untuk menanam limau kasturi.
Tanah yang disewa ini telah dibersihkan dan mulalah membajak. Modal yang dilaburkan agak besar juga. Ia meliputi kos pembersihan, membajak, benih , baja, paip, pam air dan sebagainya.
Dengan semangat yang berkobar-kobar dan dokongan sekeluarga akhirnya pokok-pokok limau kasturi tumbuh dengan subur . Kami terhutang budi kepada saudara mara seperti bapa mertua, abang ipar, saudara Kimon, Haji kamaruddin dan staf Jab Pertanian Port Dickson, saudara Teni (Pasir Panjang) serta semua pihak yang memberi semangat dan tunjuk ajar kepada kami sekeluarga.




Sejarah 02: Menanam 400 batang limau kasturi


Setelah 2 bulan membersihkan tanah hutan belukar semula, akhirnya limau kasturi sekitar 400 batang pokok telah berjaya ditanam. Kerja-kerja pembersihan tanah diteruskan iaitu membersihkan tanah dari akar senduduk, palas dan lain-lain belukar. Banyak rintangan yang perlu diharungi seperti kemarau, pokok tak cukup baja dan sebagainya.


Sejarah 03: Menanam 400 batang lagi limau kasturi

Setelah 4 bulan sebanyak 400 batang pokok telah ditambah. Pada masa ni tiba pula musim kemarau. Banyak pokok yang mati. Atas nasihat saudara Kimon, sistem pengaiaran dengan menggunakan paip air (fertigasi ) diperkenalkan. Ini juga melibatkan kos yang tinggi juga. Namun syukur kepada Allah tumbesaran pokok limau tidak terjejas sangat.

Sejarah 04: Selepas setahun.

Pokok limau kasturi telah mula membuahkan hasil dan mula dijual secara terus kepada peniaga-peniaga kedai makan di sekitar Telok Kemanag.

Sejarah 05: Selepas 2 tahun.


Sebahagian besar pokok limau telah membesar dengan suburnya. Cuma sebahagian kecil sahaja yang mati. Ada beberapa sebab kenapa ini berlaku. Antaranya ialah benih tak subur, serangan penyakit, kedudukan pokok limau yang tidak strategik seperti terletak dalam kawasan terendam, berbatu dan tanah liat. Ini semua menyebabkan pokok-pokok limau mati. Walaubagaimanapun peratusannya adalah sedikit sahaja.






Sejarah 06. Selepas 2 1/2 tahun.

Timbul masalah besar apabila kawasan tanah yang telah dipajak ini telah dibeli oleh seorang usahawan burung walit. Namun begitu beliau telah bermurah hati untuk kami meneruskan tanaman ini selama 3 tahun lagi. Terima kasih dan hanya Allah sahaja yang membalas jasa baiknya itu.



Sejarah 07. Selepas 3 tahun.

Kami merasakan limau kasturi ini perlu diperbanyakkan lagi. Oleh itu pada Jun 2011, sebanyak 100 batang pokok limau kasturi  telah ditanam di kawasan bersebelahannya bagi menampung permintaan terhadap limau ini.