Monday, December 26, 2011
27 Dis 2011(Isnin) - Pemeriksaan paip air
Tugas yang dijalankan pada hari ini ialah memeriksa semua paip yang berada di dalam kebun limau ini. Ini untuk mempastikan ia berfungsi sebab sistem pengairan dijalankan dengan automatik. Jika tidak air tidak akan sampai ke pokok limau. Waktu siraman telah saya hadkan selama 40 minit sahaja supaya pembaziran air dapat dikawal. Air yang berlebihan akan mendatangkan kesan yang kurang baik kepada pokok limau. Sebanyak 30 kg buah limau dapat dipasarkan hari ini. Namun begitu buah-buah ini masih belum mencapai sempurna 100%. Sekarang ini buah limau masih dalam proses pembesaran. Lagi 2 minggu ia akan mencapai matang untuk dipasarkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)