Penghasilan jem mangga campuran limau kasturi
Siti Nursaleha Masri, (2005) Penghasilan jem mangga campuran limau kasturi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Tajuk ini berat sikit, boleh download dari UMS-Blogger Kebunlimau
Penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk menghasilkan produk jem mangga campuran limau kasturi. Kaedah pembuatan jem mangga campuran limau kasturi ini melibatkan proses penyediaan puri mangga dan jus limau kasturi, pemasakan jem dan pembotolan jem. Sebanyak 12 formulasi telah dihasilkan dengan menggunakan tiga aras peratus puri mangga yang berbeza iaitu 35%, 37% dan 39%, 4 aras peratus jus limau kasturi yang berbeza iaitu 3%, 6%, 9% dan 12%, dua aras peratus gula yang berbeza iaitu 45% dan 50% manakala perbezaan peratus air adalah mengikut keperluan 100%. Daripada 12 formulasi ini, sebanyak 4 formulasi yang terbaik hasil dari keputusan ujian pemeringkatan telah dipilih untuk menjalani ujian skala hedonik. Daripada ujian skala hedonik yang dijalankan mendapati sampel F10 adalah yang terbaik dengan formulasi 39% puri mangga, 6% jus limau kasturi, 0.5% pektin, 50% gula dan 4.5% air. Analisis proksimat yang dijalankan mendapati jem mangga campuran limau kasturi formulasi terbaik mempunyai kandungan 22.58% ± 0.20 air, 1.37% ± 0.36 protein, 0.42% ± 0.11 abu, 0.46% ± 0.05 gentian kasar, 0.51% ± 0.06 lemak, 74.56% ± 0.56 karbohidrat dan 14.96mg ± 0.81 asid askorbik. Analisis fiziko kimia dari segi nilai pH mendapati jem mangga campuran limau kasturi formulasi terbaik mencatatkan nilai pH 3.24 dan pepejal larut sebanyak 68°Briks. Daripada ujian mikrobiologi yang dijalankan mendapati jem mangga campuran limau kasturi formulasi terbaik bebas dari pertumbuhan yis dan kulat. Bardasarkan kepada kajian pengguna yang dijalankan, didapati seramai 69.5% panel pengguna menyukai jem mangga campuran limau kasturi formulasi terbaik ini.
Minuman Limau Kasturi Asam Boi
(http://www.dapurkakjee.com/2011/06/jus-limau-kasturi-asam-boi-unclepali.html)
Ini adalah antara minuman atau jus favorite kami tiga beranak. First time Kjee minum dulu di Secret Recipe. Dia orang bubuh epal hijau dan limau kasturi. Mak oi masamnya boleh membunuh! Lepas tu Kjee tak berani nak order lagi. Kjee syak dia orang bukan guna jus limau kasturi yang diperah sendiri tetapi pati limau kasturi. Sebab itulah masam maut!
Kemudian Kjee pun belajarlah buat jus ni dari adik angkat Kjee, Huraizah Jaja masa arwah abah dia buka kantin kat Pulapol. Dan sejak itu, Jus Kasturi Asam boi ini menjadi menu tetap di gerai Dapur Kjee, Anjung Melawati dulu.
Jus limau asam boi ni memang sesuai minum di musim panas. Rasa segar sangat. Buatnya mudah. Boleh suruh anak2 buat sendiri. Unclepali blend terus asam boi dan limau kasturi. So ada rasa2 pahit2 sikit kulit limau kasturi. Sedap sangat.
Bahan2nya untuk satu gelas.
sebiji limau kasturi
dua biji asam boi
gula secukup rasa
air setengah gelas
ais
Bahan2 tadi kecuali gula dimasuk dalam blender yg bersih. Jgn baru lepas blend cili pastu buat air ni. Nanti hasilnya Jus Limau Kasturi perasa cili. Hehehe. Blend asam boi dan limau tu tanpa buang biji asam boi atau limau kasturi. Bila dah halus, tapiskan ke dalam gelas, bubuh gula atau air gula dan ais. Hmmm sedapnya. Limau tu blend sekali ngan kulit dia tau. Basuh bersih2 dan campakkan je ke dalam blender dan trrrrrr.
Jus limau asam boi ni memang sesuai minum di musim panas. Rasa segar sangat. Buatnya mudah. Boleh suruh anak2 buat sendiri. Unclepali blend terus asam boi dan limau kasturi. So ada rasa2 pahit2 sikit kulit limau kasturi. Sedap sangat.
Bahan2nya untuk satu gelas.
sebiji limau kasturi
dua biji asam boi
gula secukup rasa
air setengah gelas
ais
Bahan2 tadi kecuali gula dimasuk dalam blender yg bersih. Jgn baru lepas blend cili pastu buat air ni. Nanti hasilnya Jus Limau Kasturi perasa cili. Hehehe. Blend asam boi dan limau tu tanpa buang biji asam boi atau limau kasturi. Bila dah halus, tapiskan ke dalam gelas, bubuh gula atau air gula dan ais. Hmmm sedapnya. Limau tu blend sekali ngan kulit dia tau. Basuh bersih2 dan campakkan je ke dalam blender dan trrrrrr.
Macam-macam boleh buat dengan limau kasturi
(http://www.gempak.org)
1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih
2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.
: JERUK LIMAU KASTURI ::
(http://www.rasa.com.my/resipi/tempatan/)
Bahan-bahan:10 biji limau kasturi
120gm gula pasir
250ml air
Bahan tumis:3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
3 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh rempah biji campuran
7 helai daun kari
2 tangkai cili kering - dipotong kecil
125ml air
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
Cara memasak:
Jus halia limau kasturi1. Rebus limau kasturi sehingga hilang bau maung dan pahit limau.
2. Kemudian keluarkan limau kasturi tadi dan buangkan air.
3. Seterusnya satukan limau kasturi rebus, air dan gula pasir di dalam periuk dan dididihkan sehingga menjadi pekat. Ketepikan.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, rempah biji campuran, daun kari, serbuk cili dan cili kering sehingga garing.
5. Setelah itu masukkan air dan didihkan.
6. Kemudian masukkan pula limau kasturi yang dimasak dengan air gula tadi dan perasakan.
7. Akhir sekali, masak sehingga pekat dan suamkan. Simpan di dalam balang berkaca dan ditutup rapat. Apabila ingin dimakan, belah dua jeruk limau dan nikmati bersama aneka kari.
(http://www.potretkasih.com/tag/jus-limau-kasturi/)
Mari minum jus halia limau kasturi…. Kalau dah terlalu banyak sangat makan makanan yang berlemak seperti daging, kek dan sebagainya, apa kata kita minum jus halia ni… Jus ni sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita… Cara nak buat pun senang sangat… pejam mata pun boleh buat!!! Kalau anda tak suka halia, cuba-cubalah belajar untuk sukakannya…. kerana air halia ni dapat menghindari dari penyakit serta dapat memanjangkan umur. Nenek saya sekarang sudah hampir 90 tahun tetapi sampai sekarang masih sihat… masih boleh buat kerja rumah dan yang peliknya tidak mengidapi apa-apa penyakit pun. Bila saya teliti apakah makanan dan minuman yang selalu di ambilnya, ternyata dia suka sangat minum air halia. Pagi- pagi dia akan hiris halia dan masukkan kedalam jug kemudian dia akan curahkan air panas dan sedikit gula. Nenek saya akan minum air tu dari pagi, petang hingga malam hingga air dalam jag tu habis. Apa lagi di tunggu2… jom ramai2 kita minum air halia…….
Resepi Jus Halia Limau Kasturi
2 inci halia ( dibuang kulit kemudian di hiris2 )
1 sudu besar jus limau kasturi
1 gelas air panas
1 gelas air sejuk
3 sudu makan gula ( ikut kemanisan yang di ingini )
ais secukupnya.
1 sudu besar jus limau kasturi
1 gelas air panas
1 gelas air sejuk
3 sudu makan gula ( ikut kemanisan yang di ingini )
ais secukupnya.
Cara penyediaan
1. Satukan halia, jus limau kasturi dan gula dalam jug kecil.
2. Tuangkan air panas kedalamnya. Kacau hingga gula larut.
3. Masukan 1 gelas lagi air sejuk. Kacau dan sejukkan seketika.
4. Untuk menghidang, Masukkan hirisan halia tadi dalam gelas bersama ais kemudian tuangkan jus halia tadi.
2. Tuangkan air panas kedalamnya. Kacau hingga gula larut.
3. Masukan 1 gelas lagi air sejuk. Kacau dan sejukkan seketika.
4. Untuk menghidang, Masukkan hirisan halia tadi dalam gelas bersama ais kemudian tuangkan jus halia tadi.
5. Bolehlah di minum.
(www.petuasejagat.blogspot.com/2010/01/5-khasiat-limau-kasturi.html)
Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti setakat tu aje. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.
Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa gak, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.
Gambar limau kasturi (Citrus Microcarpa) - lifesmorgasbord.blogspot.com
Bagi memudahkan anda, saya akan senarai khasiat limau kasturi ni satu persatu mengikut kegunaan beserta dengan caranya sekali ya. :)
1. Mengurangkan Lelah
- Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.
- Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.
Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
2. Melegakan Pening Kepala
- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.
- Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah. :)
3. Mengatasi Masalah Badan Berbau
- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.
4. Menyembuhkan Sakit Tekak
Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.
- Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.
- Kacau campuran tu hingga rata dan minum.
- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.
5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian
- Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.
- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.
- Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.
- Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.
Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
Begitulah 5 fungsi limau kasturi yang boleh anda manfaatkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda menangani masalah yang dinyatakan di atas dengan berkesan. Sambil tu dapat gak berjimat, kan?