Tuesday, December 13, 2011

13 Dis 2011- Tahi lembu pengganti baja kimia.

Selama 3 hari kebun limau ini telah diserbu oleh saya sekeluarga. Anak-anak dan isteri telah menolong membersihkan kawasan persekitaran kebun. Nampak bersih dan sejuk mata memandang. Sistem saliran air telah dikemaskinikan dengan tumpuan kepada tanah di kawasan tanah merah. Selepas ini sistem saliran air akan dipertingkatkan di kawasan tengah. Kaedah fertigasi telah diguna pakai dalam proses saliran. Mudah dan mesra masa. Proses membaja telah diselesaikan oleh arif. Saya menggunakan baja 15:15:15. Harganya mahal juga. Integrasi pertanian boleh dilaksanakan di kebun limau ini. Jika keluasan tanaman limau lebih 1 ekar, kita boleh melepaskan seekor lembu dalam kawasan tanaman. Kelebihannya ialah baja tidak perlu dibeli kerana najis lembu sesuai untuk dijadikan baja semulajadi. Tanah juga tak keras sepertimana jika menggunakan baja kimia. Jangan risau lembu tidak akan memakan daun limau. Buktinya saya dah lakukan eksperiman ini selama 1 tahun. Bagaimana pandangan anda ?
Di bawah ini keadaan dalaman kebun limau saya yang diambil dengan menggunakan handphone. Kolam ikan pun ada tapi saja-saja bela keli dan sedikit tilapia merah. Saja nak bereksperimen sampai hasil lumayan.







  

 



 


 
 

 


  

27 Oktober 2011, Kena cari kawasan baru.


Sebahagian tanah kebun limau ini akan diambil semula oleh tuan tanah. Adalah dijangkakan proses ini akan berlaku pada April 2012 (sepertimana yang telah dimaklumkan kepada saya). Saya reda apa yang berlaku. Selepas itu tumpuan akan diberikan kepada baki pokok limau yang masih ada ( anggaran700 pokok limau sahaja). Kemungkinan besar saya akan mencari tanah lain untuk menggantikan pokok limau yang telah hilang. ( 27 Oktober 2011)










26 Oktober 2011. Permintaan seperti biasa.

9. Keluaran limau seperti biasa. Pelanggan-pelanggan tetap masih lagi menerima bekalan daripada saya. Keadaan kebun limau dalam keadaan terurus. (26 Oktober 2011)





4 Ogos 2011, Bekalan limau di Bulan Ramadhan

Permintaan untuk limau kasturi ketika ini berkurangan sedikit kerana Bulan Ramadhan. Harga di pasaran juga rendah tidak seperti biasa. Namun kerana sokongan dari pembeli setia, penawaran limau masih dipasarkan. Saya juga mempunyai beberapa kolam ikan dan menternak ikan seperti keli dan tilapia, cuma suka-suka sahaja untuk menjimatkan kos pembelian ikan air tawar. Tapi pelik bin ajaib bila waktu malam ikan-ikan ini semuanya ada kaki . Kadang-kadang tu malas nak bela, terasa penat kami sekeluarga. ( 4 Ogos 2011 )





24 Julai 2011. Membersihkan kawasan kebun.

Pada masa sekarang kawasan kebun telah menjadi semak kerana kerja-kerja merumput tidak dijalankan mengikut jadual atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan. Sekarang kawasan kebun telahpun dikemaskan dan kerja-kerja mengambil buah limau boleh dilakukan tanpa masalah. Nanas juga ditanam untuk percubaan. hasilnya agak memuaskan. Pengeluaran hasil limau seperti biasa. Namun tiba-tiba kawasan kebun dinaiki banjir tetapi ia surut selepas 3 jam kemudian.( 24 Julai 2011 )










16 Jun 2011. Menanam limau di tepi kolam.

Kerja-kerja meluaskan kawasan limau sedang berjalan dan ia terletak berhampiran dengan kolam ikan. Adalah dijangkakan bahawa sebanyak 100 pokok limau kasturi akan di tanam di sini. Kerja-kerja meratakan tanah melibatkan kos sebanyak RM 600.00. Namun semuanya akan dapat ditampung dalam masa 15 bulan. Bekalan pokok limau adalah diperolehi di Masjid Tanah, Melaka. ( 16 Jun 2011)