Sistem pengaliran air secara fertigasi boleh dilaksanakan. Ini bagi mengatasi masalah musim kemarau dan cuaca panas yang yang panjang. Peralatan yang diperlukan adalah pam air ( 1/2 ke 1 HP), paip air bagi mengalir air keseluruh kebun/ladang. Paling penting sekali ialah panjang paip air dengan pam air jangan terlalu panjang yang menyebabkan aliran air terlalu perlahan. Sistem aliran elektrik secara automatik boleh diadakan seperti pam akan mengairi seluruh kebun sebanyak 2 kali seperti 9-10 pagi dan 2.00 -3.30 petang. Ini memastikan semua pokok limau mendapat air yang cukup.( 12 Jun 2011)
No comments:
Post a Comment