Monday, February 20, 2012

21 Feb 2012

Dah lama tak update info kebun limau. Sekarang ini penawaran limau kasturi bertambah tetapi permintaan tetap begitu. Rasionalnya harga borong akan jatuh. Begitulah yang terjadi sekarang ini. Lebih-lebih lagi orang dah cuti sakan sebanyak 2 kali sebelum ini. Nak tunggu gaji lama lagi. Kebun limau masih lagi diberi perhatian. Merumput dan mencantas dahan-dahan masih lagi dijalankan terutama hujung minggu. Hari lain khusus untuk mengutip buah limau sahaja. Sistem paip bagi tujuan pengairan berada dalam keadaan baik. Proses tut pokok dalam proses perlaksanaan. Mungkin seminggu dua lagi projek ini akan bermula. Bukan apa nak tanam limau di tempat lain. Bertemu lagi terima kasi.