Mengapa Limau Kasturi dan Cara Menanam

Limau Kasturi ! Praktikal ?

Saya dapati penanaman limau merupakan antara projek pertanian yang agak mudah diuruskan berbanding dengan sayur-sayuran seperti sawi, bayam, terung dan sebagainya. Pokok-pokok limau tidak memerlukan penjagaan yang begitu rumit. Apa yang penting kita perlu menumpukan sedikit perhatian semasa proses penanaman di peringkat awal.

Mengapa limau kasturi

i Ia mengeluarkan buah pada tahun ke dua ( pada peringkat ini buahnya sedikit. Cuma dalam masa 4 tahun ia berbuah banyak.

ii Pokok limau kasturi boleh bertahan selama 12 tahun.

iii Kos penjagaannya adalah tidak tinggi berbanding dengan tanaman lain.

iv Hasil hiliran limau kasturi boleh dipelbagaikan seperti jus limau, pekasam, jeruk, herba, spa, wangian dan sebagainya.

v Jika anda menjualkannya secara sendiri dan tidak melalui orang tengah hasilnya amat menggalakkan sekali.


Apakah kos penanaman seekar limau kasturi?

1. Kos pembersihan tanah dan membajak = >< RM800
2. Kos benih untuk seekar limau kasturi = Jarak penanaman 12x12 kaki = sebanyak 600 btg pokok.
3. Benih = RM3 sebatang. Oleh itu kos keseluruhan benih = RM 1800
4. Kos tenaga kerja menanam = RM200 (2 pekerja x 2 hari)
5. Kos baja = RM400 utk pertama kali
6. Kos Racun = RM 480 untuk setahun
7. Keseluruhannya anda boleh fikirkan sendiri.

Kesimpulan.
Walaubagaimana pun kita memerlukan ketahanan yang lebih dari segi kewangan kerana pokok limau kasturi hanya mengeluarkan hasil yang mencukupi untuk jualan setelah sekurang-kurangnya setahun setengah di tanam. Jadi cuba anda fikirkan ?



PANDUAN MENANAM LIMAU KASTURI

(http://www.pertanianperak.gov.my




PANDUAN MENANAM LIMAU
(Tanaman Jangka Panjang)

PENGENALAN:
Limau merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana.  Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga ke bujur.  Pokok limau mempunyai sistem perakaran akar tunjang.
Varieti limau mandarin mempunyai daun berbentuk 'lanceolate/oblong' dengan tiada pembentukan kepak (wing) di tangkai daun.  Pada kebiasannya daun berwarna daripada hijau muda ke hijau tua.  Pada bahagian daun, terdapat kelenjar-kelenjar minyak (oil glands) yang mengeluar aroma yang menarik apabila dilipat atau diramas.
Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam.  Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda.  Kebiasaannya bunga mengeluarkan bau yang harum.  Bunga mempunyai 5 kelopak yang berasingan, berwarna putih dan terletak di atas kalik.  Stamennya yang banyak dan bercantum dipangkal biasanya berwarna puteh dengan hujungnya (anther) berwarna kuning.  Stigma pula berwarna hijau kekuningan dan mempunyai stil yang sama panjang dengan stamen dan kedua-dua stamen dan stil terdapat di dalam kuntum bunga.
Pendebungaan pokok limau berlaku secara pendebungaan sendiri.  Agen pendebunga ialah serangga seperti kutu trip, hamama dan lebah madu.  Angin juga membantu proses pendebungaan pokok limau.  Stigma bunga berupaya menerima debunga antara 1-3 hari sebelum antesis dan antara 6-8 hari selepas antesis.  Enam hari selepas proses pendebungaan, semua bahagian bunga akan luruh kecuali ovari dan stil.  Ovari akan mula membesar dan stil mulai kering bermula dari bahagian stigma (101-5 hari selepas antesis). 
Biji limau boleh mengeluar 2 hingga 5 anak benih dan salah satu daripada anak benih tersebut terbentuk melalui proses seksual manakala yang selebihnya dihasilkan melalui proses aseksual (necellar embryo). 
VARIETI LIMAU
Varieti-varieti utama limau yang ditanam di Malaysia ialah limau jenis kupas (mandarin) dan jenis potong (sweet orange).  Terdapat sekurang-kurangnya lima jenis limau mandarin yang biasa ditanam.  Jenis limau yang biasa di tanam di dataran rendah ialah Limau Langkat (Citrus suhuiensis).  Limau Langkat dan limau jenis "Kwantung" lebih digemari oleh masyarakat berbanding dengan limau mandarin jenis lain.  Disamping itu, limau madu atau limau wangi sangat memenuhi citarasa pembeli dan didapati amat laris dalam pasaran.  Ini kerana limau madu mempunyai buah yang bersaiz besar, rasa yang manis tidak berasid, kandungan jus yang tinggi dan tidak mempunyai serat dan hampas yang tinggi.
1.      LIMAU MADU (Citrus suhuiensis Hort. ex.Tan)


Sejenis limau Mandarin.  Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh petani tanaman limau madu ialah serangan penyakit reput batang phythopthora, penyakit virus tristeza (CTV) dan penyakit 'greening' atau dikenali juga sebagai penyakit inai daun.  Penyakit reput batang phythopthora dan penyakit virus tristeza dapat dikawal dengan adanya pokok penanti yang bersesuaian, akan tetapi penyakit 'greening' masih menjadi masalah besar kepada pengusaha tanaman limau madu yang juga merupakan satu faktor utama kurangnya minat petani dalam mengusahakan tanaman limau madu di Malaysia.

Kematangan Pokok Limau Madu

Walaupun limau tergolong dalam buah-buahan tidak bermusim, umumnya terdapat dua musim utama pengeluaran buahnya yang tinggi.  Di Terengganu, musim utama limau madu ialah pada bulan Mac hingga April dan Oktober hingga November.

Oleh sebab limau madu adalah daripada jenis bukan klimakterik, buahnya perlu dipetik pada peringkat masak kerana proses pemasakan tidak berlaku selepas buah dipetik.  Penentuan peringkat kematangan buah limau biasanya berasaskan tarikh bunga kembang, tekstur buah, perubahan warna kulit, keadaan kelenjar minyak (oil glands) dan uji rasa.  Buah limau madu sesuai dipetik apabila berumur 8-10 bulan selepas bunga kembang.  Apabila matang, kulitnya menjadi lembut terutama pada hujung buah, kelenjar minyaknya jelas kelihatan, kulit menjadi berkilat dan mudah dikupas.

Penuaian dilakukan dengan menggunakan gunting atau sekateur.  Buah dipetik dengan cara memohon tangkai yang agak panjang pada kali pertama.  Pada kali kedua tangkai dipotong lebih rapat dengan permukaan buah.  Jika tangkai yang agak panjang dibiarkan pada buah, tangkai tersebut boleh mencederakan antara satu sama lain semasa berada dalam bekas pengisi seperti bakul atau kotak.  Pemetikan cara merabut atau menarik buah dengan tangan tidak digalakkan kerana boleh mengoyakkan kulit buah.  Buah yang dipetik seelok-eloknya dimasukkan ke dalam bekas yang mampu dibawa oleh pemetik dan digalas pada bahu atau pinggang, atau dimasukkan terus ke dalam bakul atau kereta sorong.  Amalan mencampakkan buah atau membiarkan buah gugur ke permukaan perlu dielakkan kerana ini menyebabkan buah menjadi lebam.
2.      LIUKAN (Citrus reticulata Blanco)


Berasal dari daerah Liuzhou, China dan sangat popular dengan kulit luarnya yang bersih serta cantik dengan berwarna oren.  Namun warna buahnya kekal hijau apabila matang jika diusahakan di kawasan tanah rendah dan mempunyai harga pasaran yang lebih rendah daripada varieti lain.  Varieti limau ini mampu menghasilkan buah yang banyak, tetapi ianya mampu bertahan untuk beberapa musim sahaja dan perlu diganti.  Varieti limau ini juga mudah dijangkiti oleh penyakit 'greening' dan juga penyakit virus tristeza.
 
3.      CHAOZHOU HONEY MANDARIN (Citrus reticulata Blanco)


Berasal dari daerah Chaozhou, Cina.  Menghasilkan buah yang besar seperti limau madu tetapi mempunyai kandungan jus yang tinggi dan tidak berasid.  Varieti ini tidak sepopular varieti limau madu.  Buahnya berasa tawar jika dituai pad musim hujan dan masalah buah kembung merupakan masalah utama dan mudah dijangkiti oleh penyakit 'greening'.
 
4.      KWANTUNG MANDARIN (Citrus reticulata Blanco var.tangerina Hort.ex.Tan)



Ia sangat diminati oleh masyarakat tempatan dan biasanya dibiak secara cantuman tunas dan limau dari varieti ini sangat mudah dijangkiti oleh penyakit virus tristeza.  Varieti ini mampu menghasilkan buah dalam kualiti yang banyak sehingga petani perlu melaksanakan proses penjarangan buah.  Hasil mesti dituai pada masa yang tepat, iaitu ketika buah berwarna oren, dan jika dituai sebelum sampai masanya ianya menghasilkan buah yang berasa masam dan tidak sesuai untuk dipasarkan.
 
5.      PONKAN (Citrus reticulata Blanco var.ponki Hort.ex.Tan)


Limau daripada varieti ini menghasilkan buah yang bermutu tinggi.  Varieti ini paling banyak diusahakan di Cameron Highlands dan kadang-kadang dikenali sebagai Hokkienkam.  Walaupun ia menghasilkan buah yang bermutu tinggi tetapi hasil tanaman kurang memuaskan berbanding dengan varieti limau yang lain.
 
6.      LIMAU PURUT
Limau purut berbau lebih kuat dan tajam.  Berasal dari kepulauan Asia Tenggara, ia merupakan tumbuhan herba yang mula mencipta nama.  Pokoknya mudah dikenali dari struktur daunnya yang berwarna hijau pekat dan berbentuk seperti nombor lapan.  Buah limau purut juga boleh dibezakan dengan mudah kerana buah yang matang berwarna kuning, berbentuk seperti buah pir dan kulitnya menggerutu.  Pokok ini hidup subur di kawasan yang mempunyai pancaran cahaya matahari yang kuat, tidak memerlukan naungan dan boleh hidup selama beberapa tahun.  Lazimnya buah limau purut tidak mengeluarkan jus yang banyak tetapi setitis jusnya setanding dengan 10-15 titis bau dan rasa masam jus limau nipis.  Nama lain bagi limau purut (Citrus hystrix) ialah limau kaffir dan 'leech lime'.
Daun limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.  Bau dan rasa ini tidak boleh didapati daripada daun limau yang lain.  Daun limau purut juga pernah digunakan untuk menambah rasa ruak atau arak beras.  Limau purut mengandungi beberapa minyak pati yang mempunyai nilai ubatan yang tinggi antara alfa, beta-pinena, sitronelal, neral dan limonena.  Kajian terbaru menunjukkan ekstrak daun limau purut mempunyai sifat antipertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan. 
 LIMAU BALI (Citrus grandis (L) Osbeck)
Limau Bali adalah buah yang terbesar dalam kumpulan citrus.  Ia berasal dari kawasan Asia Tenggara terutamanya Indonesia, China dan Thailand.  Di Malaysia, limau ini dikenali juga sebagai Limau Besar atau Limau Betawi.     
1.      LIMAU NIPIS (Citrus Aurantifolia)
PENGENALAN

Limau nipis (Citrus Aurantifolia) adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan.  Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5 - 5cm garis pusat.  Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.  Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 cm tinggi.
IKLIM
Limau nipis sesuai dengan iklim yang lembab dan panas seperti di negara kita.
TANAH
Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir (sandy loam).
CARA-CARA MENANAM
Membiak:
Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut.  Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.
Menanam:
Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6m x 6m.  Ia boleh ditanam dalam susunan empat segi sama.  Ini menjadikan jumlah pokok sehektar sebanyak 270 pokok.
Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m.  Campurkan 10 hingga 12 kg baja organan ke dalam lubang.  Siram sejurus selepas menanam.  Penyiraman bolehlah dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama.
Selain daripada itu, pembajaan boleh juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahu lembu.  Sebanyak 30-40 kg / pokok / tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3) dan 30-60 kg / pokok / tahun selepas pokok-pokok mula berbuah.
Cantasan:
Catasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah perlu untuk dilakukan.


Rajah 1
Rajah 2
Rajah 3
Rajah 4
  

Rajah 5
Rajah 6




Kawalan Rumpai

Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul di keliling pokok.  Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai
PENJAGAAN
Pembajaan
Dua jenis campuran baja kimia boleh digunakan:-
  • Baja tumbesar        :    NPK Mg (15:15:6:4)
  • Baja untuk buah     :    NPK Mg (12:12:17:2)


HASIL
Pokok mula berbuah antara 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut.  Hasil antara 20-25 kg / pokok / tahun boleh diperolehi.
Jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.

3.      LIMAU LANGKAT (Citrus suhuiensis)

Sejenis Limau Mandarin.

Penghasilan Buah:

Pokok limau langkat yang dibiak secara tampang, sama ada secara cantuman atau tut akan mengeluarkan hasil selepas 2-4 tahun ditanam di ladang.   Limau Langkat dan limau madu berpotensi mengeluar hasil daripada 8 tan/ha. pada tahun ke empat sehingga 24 tan/ha. pada tahun ke enam dan seterusnya.  Tempoh jangka hayat ekonomik untuk kebanyakan jenis limau ialah antara 15-20 tahun.

Musim Buah:

Limau langkat adalah pokok buah yang tidak bermusim tetapi mempunyai musim utama pengeluaran buah (bulan Oktober hingga November dan bulan Mac hingga April).

Kematangan Buah:

Cara yang biasa digunakan bagi menentukan tahap kematangan buah limau langkat ialah berdasarkan perubahan warna kulit, saiz dan ketumpatan buah.  Buah limau mencapai tahap matang apabila warna kulit berubah daripada hijau kepada sedikit kekuningan.  Kebiasaannya buah limau langkat matang dalam masa 8 1/2 bulan dan 9 1/2 bulan bagi limau madu selepas bunga kembang dan boleh dipetik.  Apabila matang, kulitnya menjadi lembut dan senang dikupas.

Pengutipan Hasil:

Pengutipan hasil biasanya dilakukan menggunakan gunting bagi mengelakkan kecederaan mekanikal kepada buah.  Buah hendaklah dipotong bersama-sama dengan tangkainya sepanjang antara 3-5 cm.  Buah-buah yang dipetik biasanya diisi ke dalam bekas atau bakul rotan kecil yang dilapik daun limau supaya tidak cedera.

Pengendalian Pascatuai:

Pengendalian dan pengangkutan di ladang

Pengangkutan dari ladang ke pusat pengumpulan atau ke pusat pembungkusan/pemprosesan boleh dilakukan dengan kereta sorong, treler atau kaedah lain bergantung kepada saiz ladang.  Penghantaran ke pusat pengumpulan atau ke pusat pembungkusan/pemprosesan perlu dijalankan dengan cepat bagi mengawal penurunan mutu dan kerosakan yang tinggi.

Pengedalian di rumah pembungkusan (pemilihan, pembasuhan,
 
pengeringan, penggredan, pembungkusan, penyimpanan)

Di rumah pembungkusan buah limau akan melalui beberapa proses sebelum sampai kepada pengguna iaitu pemilihan, pembasuhan, pengeringan dan penggredan.

Pengedaran dan pengagihan (penjualan)
Kebanyakan buah limau yang dihasilkan adalah untuk pasaran tempatan dan diedar melalui pengangkutan jalan darat.
 
10.  LIMAU BALI MELOMAS 

Varieti : KK 2 (Melomas), PO 51 (Sha Thing), PO 52 (Tambun). 
PEMBAJAAN DAN PENGAPURAN
Tanaman limau memerlukan pembajaan yang teratur dan sempurna untuk mendapatkan hasil yang maksima dan berkualiti.  Tanaman limau memerlukan baja hanya selepas ia mula tumbuh.  Baja semburan boleh disembur tiga atau empat kali setahun.  Keadaan tanah yang berasid menyukarkan penyerapan elemen-elemen seperti boron (B) dan mengnesium (Mg) oleh akar tanaman limau.  Keadaan tanah yang kurang baik dan kadar larut resap yang tinggi menyebabkan penggunaan baja dalam kualiti yang besar.
Bagi kompaun (15:15:15) dan 12:12:17 + TE) boleh diberi pada kadar 3 atau 4 kali setahun, berdasarkan umur pokok limau.  Disamping itu, tanaman limau juga memerlukan pengapuran (magnesium limestone) dan kadarnya berdasarkan kepada umur pokok limau tersebut.  Selain baga kompaun dan pengapuran, tanaman limau juga memerlukan baja organik seperti tahi ayam pada kadar 2-4 kg/sepokok/setahun.
Disamping itu, tanaman limau juga agak sensitif terhadap kekurangan elemen-elemen miktro seperti zink, magnesium dan lain-lain.  Untuk mengatasi masalah ini, baja semburan yang mengandungi elemen-elemen ini perlu disembur pada kuantiti yang cukup untuk menentukan hasil yang maksima.  Jadual di bawah menunjukkan elemen-elemen mikro dan kuantiti yang diperlukan oleh tanaman limau untuk hasil yang optima.Baja untuk tanaman limau boleh ditabur pada jarak 30-60 cm daripada cabang terluar pokok tersebut ataupun baja boleh juga ditanam ke dalam lubang sedalam 15 cm di sekeliling pokok tersebut.
PROSES PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN SECARA CANTUMAN
KAEDAH TUT, CANTUMAN BAJI DAN PEMANGKASAN POKOK
Rajah 1

Rajah 2
Rajah 3
Rajah 4





Rajah 5



Cara untuk Tut Pokok Limau Kasturi