Mari Menanam Buluh Madu
Mudah, Cepat dan Jimat
Saya mempunyai serumpun buluh madu di hadapan rumah dan di kebun limau kasturi. Di sini saya tunjukkan cara-cara nak menanam buluh madu. Ia semudah A, B dan C. Penduduk di Malaysia mahupun di Asia biasanya memanfaatkan rebung untuk makanan.
Rebung buluh madu adalah sayuran yang boleh dimakan secara mentah/segar
ataupun dimasak. Ia kaya dengan nutrien untuk keperluan badan dan
komposisis kandungan nutrien bergantung kepada jenisnya. Rebung
memiliki kandungan, karbohidrat, protein dan 12 asam amino esensial
yang sangat diperlukan oleh tubuh. Dengan memakan rebung secara teratur
merupakan satu tindakan preventif untuk mengusir berbagai jenis penyakit
termasuk barah.
Di hadapan rumah |
Pilih mana nak ditanam |
Buat longkang disekeliling pokok sebab mudah nak cabut |
Kalau nak senang tumpukan satu pokok sahaja dulu dan potongkan sebahagian atas batang buluh madu. |
Kemudian masukan ke dalam polybag dan pastikan diletak ditempat redup |
Atau taruh dalam tayar |
Simpan dalam baldi pun boleh. |
Susah-susah simpan dalam kotak poly ni. |
Dalam polybag lebih ok dan mudah, senang pokok hidup |
Lepas tu bila dah banyak tumbuh akar dan nampak hidup, apa lagi pindah ke tempat nak tanam. |
Tanaman
pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja tanpa
memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Ia cuma tidak
boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang
terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar. Namun demikian paip fertigasi boleh digunakan di kawasan kering dan sistem perparitan yang baik di kawasan lembap dan berair. Tempoh matang pokok buluh
untuk penghasilan rebung juga singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan
manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana
pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.
Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.
Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.
Pastikan pokok sentiasa dibersihkan. jangan bersih sangat sebab di pangkalnya akan tumbuh rebung. |
Bila besar pokok jadi lanskap rumah |
Cantik rumah nampaknya. |
Sejuk mata memandang. |
Atau dijadikan penahan tanah dari runtuh |
Boleh decorate rumah. |
Orang luar tak nampak kita dan sebahagian proses menghalang pencemaran |
|
Rebung Madu ini boleh di rebus dan kemudian disimpan dalam botol serta dijadikan jeruk. Mungkin yang berminat boleh digoreng dan dijadikan macam kerepek. Paling sedap terus dimasak menjadi masak lemak cili api berserta rebung. Mana yang nak kelainan jadikan sambal belacan rebung atau pengat rebung. Selamat menanam Rebung Madu.
Jom Kita Tanam Buluh Madu
Semua bahan-bahan ini saya ambil daripada dan banyak-banyak terima kasih diucapkan.
http://rebungmadumohd.blogspot.com
http://flashbackaku.blogspot.com
http://pengeluarantanaman.blogspot.com
http://2.bp.blogspot.com
http://rebungmadumohd.blogspot.com
http://flashbackaku.blogspot.com
http://pengeluarantanaman.blogspot.com
http://2.bp.blogspot.com