Saturday, March 2, 2013

Projek Angsa

Pada petang-petang ini terfikir hendak memelihara angsa. Lokasi di kawasan berhampiran kebun limau. Sebab utama ialah lokasi dan keadaan yang sesuai. Lebih-lebih lagi di dalamnya terdapat pokok-pokok pisang dan kolam air. Matlamat ialah dalam tempoh 3 bulan lagi projek ini akan mendatangkan hasil. Pokok kelapa jenis MAWA ada ditanam di kawasan ini. Jadi tak payahlah nak merumput sebab angsa dah ambil peranan. Pemandangan sekitar kawasan Angsa.

Dijangkakan kawasan ini akan didirikan reban. Makanan angsa seperti kangkong, rumput, pelepah pisang dan sebagainya sebagai satu formula pembiakan angsa.

Rumput-rumput hijau menolong sebagai "antibody" angsa.

Pokok kelapa akan tumbuh dengan subur keerana mendapat baja asli.

Sungguh indah dengan pemandangan flora dan fauna di waktu pagi.

Sang ular tidak sanggup lagi berkelahi dengan sang angsa. Dulu kawasan ini pernah terjumpa dengan ular senduk.

Memudahkan proses angsa membiak.Ini juga satu bisnes.

Namun pokok limau masih menjadi trade mark kepada saya sekeluarga.

Kolam air yang terletak di tengah-tengah kebun akan diupgradekan.


Keluasan tanah ini boleh menampung sehingga 30 ekor angsa.

Sebahagian daripada kawasan yang telah dibersihkan.

1 comment:

  1. baguslah saudara buat projek. skang ni berapa sebulan saudara dapat
    http://kelanamusafir1973.blogspot.com/
    masuk blog saya. saya tanam serai secara kecil-kecilan sahaja

    ReplyDelete