Thursday, September 30, 2010

Home

Salam sejahtera & selamat datang.

Blog ini diwujudkan untuk mengimbau kembali sejarah bermulanya penanaman Limau Kasturi di kebun kami. Banyak usaha dan keringat yang dilaburkan agara cita-cita menjadi seorang usahawan tani yang Berjaya tercapai. Kegagalan aadalah sebagai pembakar semangat untuk terus Berjaya. Berbekalkan tuntutan fardu Kifayah dan maka usaha dan keazaman yang jitu diteruskan dalam merealisasikan Tanaman Limau ini.

Terima kasih & salam ukhwah

Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, kadangkala ia bukan bermatlamatkan mendapat keuntungan dan ada masa bermotifkan keuntungan .

Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. Sebagai contoh, hobi menanam bunga adalah percuma jika sekadar menggunakan pokok bunga yang sedia ada. Kemudian ia akan bertukar menjadi minat yang memerlukan kos yang besar jika ia melibatkan masa dan wang yang banyak seperti adalam hal "bonzai"

Bertani adalah hobi yang memerlukan belanja dan menghasilkan pulangan. Belanja diperlukan untuk membeli peralatan bertani seperti cangkul, pagar, benih-benih dan sebagainya.

Bagi saya bertani dan berternak adalah satu minat yang jika dimenafaatkan sepenuhnya akan mendatangkan kebajikan di dunia dan akhirat.
















Tetapi ingatlah kata-kata dari Nabi Muhammad saw. Dari Jabir bin Abdullah RA, dia bercerita bahwa Rasulullah Saw bersabda:"Tidaklah seorang Muslim menanam suatu tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman itu sebagai sedekah baginya, dan apa yang dicuri dari tanaman tersebut sebagai sedekah baginya dan tidaklah kepunyaan seorang itu dikurangi melainkan menjadi sedekah baginya." (HR Imam Muslim)

(Terdapat juga idea, gambar-gambar dan sebagainya yang kami ambil dari blog-blog yang berkaitan seperti http://animhosnan.blogspot.com, http://www.ciputraentrepreneurship.com, http://consultantpertanian.blogspot.com, http://www.pertanianperak.gov.my, http://galeriflora.blogspot.com, www.tanahkita.blogspot.com,

Botani

Limau kesturi Citrus microcarpa) sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Ia dipercayi mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.
Ia merupkan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau kasturi dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika. Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mee rebus, mee bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 3 m tinggi. Limau kasturi juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan. Sekarang ini sudah ada Air Shake Blander Limau Kasturi .

Penanaman

Limau kasturi biasanya ditanam secara tut di Asia Tenggara. Di kawasan lain, bijinya digunakan sebagai benih. Limau kasturi juga boleh membiak melalui kaedah cantuman tetapi jarang dilakukan. Limau kasturi sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita. Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis berpasir dan berbukit.

Buah

Buah limau kasturi adalah kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Buah limau kasturi mengeluarkan bau yang wangi. Antaranya, buahnya boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kepala terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kelemumur. Buahnya juga sering kali digunakan untuk menyental dan mengilatkan kuku di samping boleh dijadikan sebagai bahan pencuci bagi menghilangkan bau badan. Bagi suri rumah pula, buah limau kasturi sudah tidak asing kerana selalu digunakan sama ada sebagai perisa masakan dan makanan. Dalam pada itu, di kalangan pengamal ubat-ubatan herba, air perahan buah limau kasturi yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin iaitu dengan menyapukan ramuan itu ke bahagian perut.

Khasiat

Jus buah limau kasturi membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau kasturi berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau kasturi juga mengandungi vitamin A.

Kegunaan lain

Minyak yang diperah daripada kulit buah limau kasturi digunakan sebagai pewangi dan aroma terapi dalam perubatan alternatif. Asid sitrik daripada jus limau kasturi digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan kain.

Cara Menanam limau

PANDUAN MENANAM LIMAU KASTURI

Limau KASTURI adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk
kegunaan sebagi air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 1.5cm – 4 cm garispusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Pokoknya pula adalah lebih kurang 3 m tinggi.

IKLIM
Limau kasturi sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita.

TANAH
Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.

CARA-CARA MENANAM.
Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.
Menanam Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 12" x 12". Ia boleh di tanam dalam susunan empat segi sama. Ini menjadikan jumlah pokok seekar sebanyak 800 pokok.
Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m. Campurkan 10 hingga 12 kg baja organan ke dalam lubang. Siram sejurus selepas menanam. Penyiraman boleh dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama. Jika ada lebih duit sedikit elok gunakan sistem pam dan paip fertigasi, ia menjimatkan masa dan memudahkan pengaliran baja keseluruh kebun.
Selain daripada itu, pembajaan juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahi lembu. Sebanyak 30-40kg/pokok/tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3 tahun) dan 40-60 kg/pokok/tahun selepas pokok-pokok mula berbuah.

CANTASAN
Cantasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah perlu dilakukan.

KAWALAN RUMPAI
Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai.

PENJAGAAN
Pembajaan Dua jenis campuran baja kimia boleh digunakan:
Baja Tumbesar : NPK Mg (15:15:6:4)
Baja Buah : NPK Mg (12:12:17:2)
Baja di tabur di sekeliling pokok di bawah hujung julai daun. Kadar dan masa pembajaan adalah seperti berikut:

Limau Kasturi ! Praktikal ?

Saya dapati penanaman limau merupakan antara projek pertanian yang agak mudah diuruskan berbanding dengan sayur-sayuran seperti sawi, bayam, terung dan sebagainya. Pokok-pokok limau tidak memerlukan penjagaan yang begitu rumit. Apa yang penting kita perlu menumpukan sedikit perhatian semasa proses penanaman di peringkat awal.

Mengapa limau kasturi

i Ia mengeluarkan buah pada tahun ke dua ( pada peringkat ini buahnya sedikit. Cuma dalam masa 4 tahun ia berbuah banyak.

ii Pokok limau kasturi boleh bertahan selama 12 tahun.

iii Kos penjagaannya adalah tidak tinggi berbanding dengan tanaman lain.

iv Hasil hiliran limau kasturi boleh dipelbagaikan seperti jus limau, pekasam, jeruk, herba, spa, wangian dan sebagainya.

v Jika anda menjualkannya secara sendiri dan tidak melalui orang tengah hasilnya amat menggalakkan sekali.


Mengapa Pokok Limau Kasturi ?

Saya kini mempunyai kebun limau kasturi di Teluk Kemang Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebanyak 1,000 pokok limau telah berjaya saya tanam. Ini semua hasil dorongan isteri dan anak-anak yang tersayang. Pada awalnya sebelum memulakan projek ini saya telah membuat beberapa kajian dan penelitian. Lawatan ke kebun-kebun limau sekitar Port Dickson dan Tanjung Agas telah berjaya memotivasikan keluarga saya. Akhirnya wujudlah kebun Limau sesayup mata memandang dan sesejuk hati merasa.

Memang ia melibatkan ranjau dan duri dengan 'Pajakan Tanah' yang dieksploitasi, kos membersihkan kebun, paip air, sistem pam dan pelbagai masalah. Namun akhirnya ia berjaya di atasi. Dalam memulakan projek ini kaedah fertigasi juga saya amalkan. Syukur akhirnya berjaya.

Pada bulan Disember tahun 2008 saya bersama-sama dengan isteri dan anak-anak telah sepakat untuk menyewa dan mengusahakan sebidang tanah hutan yang terbiar. Pada mulanya kami sekeluarga bercadang untuk menternak ikan tetapi kekangan masa , kami memutuskan untuk menanam limau kasturi.
Tanah yang disewa ini telah dibersihkan dan mulalah membajak. Modal yang dilaburkan agak besar juga. Ia meliputi kos pembersihan, membajak, benih , baja, paip, pam air dan sebagainya.

Dengan semangat yang berkobar-kobar dan dokongan sekeluarga akhirnya pokok-pokok limau kasturi tumbuh dengan subur . Kami terhutang budi kepada saudara mara seperti bapa mertua, abang ipar, saudara Kimon, Haji kamaruddin dan staf Jab Pertanian Port Dickson, saudara Teni (Pasir Panjang) serta semua pihak yang memberi semangat dan tunjuk ajar kepada kami sekeluarga.

Minat, Hobi, Cubaan, Berusaha dan Bertawakal

Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, kadangkala ia bukan bermatlamatkan mendapat keuntungan dan ada masa bermotifkan keuntungan .

Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. Sebagai contoh, hobi menanam bunga adalah percuma jika sekadar menggunakan pokok bunga yang sedia ada. Kemudian ia akan bertukar menjadi minat yang memerlukan kos yang besar jika ia melibatkan masa dan wang yang banyak seperti adalam hal "bonzai"

Bertani adalah hobi yang memerlukan belanja dan menghasilkan pulangan. Belanja diperlukan untuk membeli peralatan bertani seperti cangkul, pagar, benih-benih dan sebagainya.

Bagi saya bertani dan berternak adalah satu minat yang jika dimenafaatkan sepenuhnya akan mendatangkan kebajikan di dunia dan akhirat.

Dari Jabir bin Abdullah RA, dia bercerita bahwa Rasulullah Saw bersabda:
"Tidaklah seorang Muslim menanam suatu tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman itu sebagai sedekah baginya, dan apa yang dicuri dari tanaman tersebut sebagai sedekah baginya dan tidaklah kepunyaan seorang itu dikurangi melainkan menjadi sedekah baginya." (HR Imam Muslim)

Monday, June 7, 2010

Limau Kasturi

Limau kesturi Citrus microcarpa) sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Ia dipercayi mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.

Sunday, June 6, 2010

Salam sejahtera & selamat datang.

Blog ini diwujudkan untuk mengimbau kembali sejarah bermulanya penanaman Limau Kasturi di kebun kami. Banyak usaha dan keringat yang dilaburkan agara cita-cita menjadi seorang usahawan tani yang Berjaya tercapai. Kegagalan aadalah sebagai pembakar semangat untuk terus Berjaya. Berbekalkan tuntutan fardu Kifayah dan maka usaha dan keazaman yang jitu diteruskan dalam merealisasikan Tanaman Limau ini.
Terima kasih & salam ukhwah

Limau Kasturi

Blog yang membincangkan tentang Limau Kasturi dari pandangan
seorang yang baru menceburi penanaman limau Kasturi. Perbincangan
ini meliputi dari semua segi pemilihan pokok, penanaman, tuaian
pemasaran , penyakit dan sebagainya.