Thursday, September 30, 2010

Mengapa Pokok Limau Kasturi ?

Saya kini mempunyai kebun limau kasturi di Teluk Kemang Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebanyak 1,000 pokok limau telah berjaya saya tanam. Ini semua hasil dorongan isteri dan anak-anak yang tersayang. Pada awalnya sebelum memulakan projek ini saya telah membuat beberapa kajian dan penelitian. Lawatan ke kebun-kebun limau sekitar Port Dickson dan Tanjung Agas telah berjaya memotivasikan keluarga saya. Akhirnya wujudlah kebun Limau sesayup mata memandang dan sesejuk hati merasa.

Memang ia melibatkan ranjau dan duri dengan 'Pajakan Tanah' yang dieksploitasi, kos membersihkan kebun, paip air, sistem pam dan pelbagai masalah. Namun akhirnya ia berjaya di atasi. Dalam memulakan projek ini kaedah fertigasi juga saya amalkan. Syukur akhirnya berjaya.

Pada bulan Disember tahun 2008 saya bersama-sama dengan isteri dan anak-anak telah sepakat untuk menyewa dan mengusahakan sebidang tanah hutan yang terbiar. Pada mulanya kami sekeluarga bercadang untuk menternak ikan tetapi kekangan masa , kami memutuskan untuk menanam limau kasturi.
Tanah yang disewa ini telah dibersihkan dan mulalah membajak. Modal yang dilaburkan agak besar juga. Ia meliputi kos pembersihan, membajak, benih , baja, paip, pam air dan sebagainya.

Dengan semangat yang berkobar-kobar dan dokongan sekeluarga akhirnya pokok-pokok limau kasturi tumbuh dengan subur . Kami terhutang budi kepada saudara mara seperti bapa mertua, abang ipar, saudara Kimon, Haji kamaruddin dan staf Jab Pertanian Port Dickson, saudara Teni (Pasir Panjang) serta semua pihak yang memberi semangat dan tunjuk ajar kepada kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment