Thursday, September 30, 2010

Home

Salam sejahtera & selamat datang.

Blog ini diwujudkan untuk mengimbau kembali sejarah bermulanya penanaman Limau Kasturi di kebun kami. Banyak usaha dan keringat yang dilaburkan agara cita-cita menjadi seorang usahawan tani yang Berjaya tercapai. Kegagalan aadalah sebagai pembakar semangat untuk terus Berjaya. Berbekalkan tuntutan fardu Kifayah dan maka usaha dan keazaman yang jitu diteruskan dalam merealisasikan Tanaman Limau ini.

Terima kasih & salam ukhwah

Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, kadangkala ia bukan bermatlamatkan mendapat keuntungan dan ada masa bermotifkan keuntungan .

Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. Sebagai contoh, hobi menanam bunga adalah percuma jika sekadar menggunakan pokok bunga yang sedia ada. Kemudian ia akan bertukar menjadi minat yang memerlukan kos yang besar jika ia melibatkan masa dan wang yang banyak seperti adalam hal "bonzai"

Bertani adalah hobi yang memerlukan belanja dan menghasilkan pulangan. Belanja diperlukan untuk membeli peralatan bertani seperti cangkul, pagar, benih-benih dan sebagainya.

Bagi saya bertani dan berternak adalah satu minat yang jika dimenafaatkan sepenuhnya akan mendatangkan kebajikan di dunia dan akhirat.
















Tetapi ingatlah kata-kata dari Nabi Muhammad saw. Dari Jabir bin Abdullah RA, dia bercerita bahwa Rasulullah Saw bersabda:"Tidaklah seorang Muslim menanam suatu tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman itu sebagai sedekah baginya, dan apa yang dicuri dari tanaman tersebut sebagai sedekah baginya dan tidaklah kepunyaan seorang itu dikurangi melainkan menjadi sedekah baginya." (HR Imam Muslim)

(Terdapat juga idea, gambar-gambar dan sebagainya yang kami ambil dari blog-blog yang berkaitan seperti http://animhosnan.blogspot.com, http://www.ciputraentrepreneurship.com, http://consultantpertanian.blogspot.com, http://www.pertanianperak.gov.my, http://galeriflora.blogspot.com, www.tanahkita.blogspot.com,

Botani

Limau kesturi Citrus microcarpa) sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Ia dipercayi mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.
Ia merupkan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau kasturi dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika. Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mee rebus, mee bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 3 m tinggi. Limau kasturi juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan. Sekarang ini sudah ada Air Shake Blander Limau Kasturi .

Penanaman

Limau kasturi biasanya ditanam secara tut di Asia Tenggara. Di kawasan lain, bijinya digunakan sebagai benih. Limau kasturi juga boleh membiak melalui kaedah cantuman tetapi jarang dilakukan. Limau kasturi sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita. Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis berpasir dan berbukit.

Buah

Buah limau kasturi adalah kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Buah limau kasturi mengeluarkan bau yang wangi. Antaranya, buahnya boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kepala terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kelemumur. Buahnya juga sering kali digunakan untuk menyental dan mengilatkan kuku di samping boleh dijadikan sebagai bahan pencuci bagi menghilangkan bau badan. Bagi suri rumah pula, buah limau kasturi sudah tidak asing kerana selalu digunakan sama ada sebagai perisa masakan dan makanan. Dalam pada itu, di kalangan pengamal ubat-ubatan herba, air perahan buah limau kasturi yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin iaitu dengan menyapukan ramuan itu ke bahagian perut.

Khasiat

Jus buah limau kasturi membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau kasturi berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau kasturi juga mengandungi vitamin A.

Kegunaan lain

Minyak yang diperah daripada kulit buah limau kasturi digunakan sebagai pewangi dan aroma terapi dalam perubatan alternatif. Asid sitrik daripada jus limau kasturi digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan kain.

1 comment:

  1. saya nak beli limau kasturi 1000kg, boleh dapat telefon anda?

    ReplyDelete